Skip to main content

“Perlu ke berlari setiap hari untuk kekal sihat?” “Nak konsisten tapi badan letih lah !”

Konsisten itu bagus malah digalakkan dalam senaman tetapi bolehkah badan digunakan setiap hari tanpa rehat?

Hasil kajian Institut Kegiatan Fizikal dan Pemakanan Universiti Deakin Australia melakukan pemerhatian terhadap 101 lelaki dan wanita berusia 25 hingga 35 tahun dan mendapati mereka yang berlari lebih 20 kilometer (km) seminggu mempunyai tulang sumsum lapan tahun lebih muda. Setiap manusia dilahirkan dengan tulang sumsum yang berfungsi menghasilkan sel darah merah. Namun disebabkan peningkatan usia, fungsinya berubah menjadi sumsum yang berlemak kuning. Dr Daniel Belavy dari Healthline.com menyatakan “Perubahan tersebut memberi kesan buruk kepada sistem metabolisme dalam darah dan tulang pada bahagian pelvis, vertebra, paha dan pinggul serta menyumbang kepada risiko penyakit seperti diabetes dan masalah osteoporosis,”

Selain mengkaji pelari jarak jauh, beliau berkata pasukan penyelidik turut melakukan kajian terhadap mereka yang berjoging sejauh antara 19 hingga 40 km seminggu. Walaupun responden setakat berlari anak, kajian menunjukkan mereka memiliki tisu adipose sumsum (MAT) jauh lebih muda. Bukan sekadar mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi mempertingkatkan ketumpatan tulang, ketajaman mental malah memberi impak kepada kebahagiaan serta kesihatan mental individu.

 

Setiap individu berupaya memiliki tulang sumsum lebih muda tetapi perlu melakukan sedikit aktiviti berlari secara konsisten.” katanya lagi.

Berolahraga secara konsisten memberikan banyak manfaat kepada seluruh badan anda dan usaha mengurangkan berat badan anda, terutama sekali apabila pakar mengesyorkan senaman selama 60 minit, lima hari setiap minggu jika anda sedang berusaha menurunkan berat badan. 

Walaupun berlari adalah bentuk senaman yang sangat baik, anda juga perlu berhati-hati agar tidak menggunakan sendi dan otot yang sama, yang boleh mengakibatkan kecederaan dan menggagalkan semua kerja keras anda.

Hari demi hari, semestinya jumlah kalori yang terbakar akan bertambah. Begitu juga dengan kekuatan unsur-unsur tubuh anda yang akan meningkat serta mampu mencegah kecederaan. 

Bukan itu sahaja, berlari memberi banyak tekanan di dalam sistem anda, memicu keradangan, dan microtears yang memerlukan masa untuk sembuh. 

 

“Apa itu microtears?”

Dipetik dari sebuah artikel dari UHHospitals, Dr Karns ada menerangkan “Microtears adalah kesan terhadap otot yang telah berfungsi secara fizikal. Setelah ini terjadi, tubuh akan mengirimkan nutrisi dan darah ke kawasan tersebut untuk sembuh.” 

Justeru adalah penting bagi pelari harian untuk kekal peka terhadap kondisi badan. Dengan menjadualkan hari rehat setiap selang beberapa hari, ia dapat membantu otot anda pulih dan bertambah kuat. Dalam ketika ini, diyorkan kepada para atlet untuk melakukan senaman ringan seperti berjalan atau yoga. Maka, boleh! anda boleh berlari dan melakukan senaman setiap hari dengan syarat memperuntukkan hari rehat dalam seminggu. 

 

BY PIKA

Source :

 

UHblog,(2018),How Microtears Help You To Build Muscle Mass Retrieved from https://www.uhhospitals.org/Healthy-at-UH/articles/2018/02/microtears-and-mass

Alexious Papaioannou,(2020)Quora:Is daily running healthy or not? Retrieved from https://www.quora.com/Is-it-unhealthy-to-run-every-day

Alizabeth Pratt,(2018) Why Running can make your Bone Marrow ‘Younger’ Retrieved from https://www.healthline.com/health-news/why-running-can-make-your-bone-marrow-younger

Hidayah Mohammad,(2019)Lari Lebih 20km Seminggu, Tulang Sumsum 8 tahun lebih muda Retrieved from https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2019/01/516325/lari-20-km-seminggu-tulang-sumsum-8-tahun-lebih-muda

 

 

Leave a Reply