Skip to main content

Tahukah anda masih ramai yang hanya memikirkan keselesaan dan jenis kasut tanpa membuat pilihan untuk jenis stocking semasa berlari. Pemilihan stocking dapat memberikan perbezaan semasa berlari dan mencegah dari kesakitan. Konsep yang sama seperti pakaian yang anda pakai semasa berlari haruslah kain yang mudah kering dan boleh bernafas untuk memastikan kaki anda tetap kering walaupun berejam anda melalukan larian.

Sebelum anda membuat pilihan untuk jenis stocking yang terbaik semasa anda berlari, ini adalah perkara yang anda perlu diberi perhatian agar kaki anda sentiasa dapat mencegah dari kesakitan.

1. BAHAN SINTETIK

Cuba elakkan stocking kapas sepenuhnya kerana setelah kapas basah, ia akan kekal basah. Kapas juga akan menyerap peluh dan bau. Kelembapan di kapas tidak akan hilang menyebabkan kaki sejuk dan meningkatkan risiko lepuh dan retak di kaki. Kerosakkan ini akan menyebabkan kaki anda tidak sihat. Antara jenis stocking yang terbaik untuk berlari adalah jenis bahan polyester, akrilik dan CoolMax kerana bahan ini dapat menyekat kelembapan dari permukaan kulit anda.

2. KUSYEN / KETEBALAN

Ketebalan stocking dapat memberikan setiap langkah anda lebih selesa dan terjamin dari kesakitan tapak kaki. Ini kerana tapak yang tebal dapat memberi perlindungan tambahan di mana kaki anda amat perlukan dan berguna. Stocking yang berkusyen dan tebal dapat mencegah dari rasa sakit akibat hentaman, terutama bagi pelari jarak jauh. Selain itu, stocking yang tebal juga dapat mencegah dari kecederaan Tendon Achilles. Untuk anda yang ingin membuat aktiviti mendaki dan berjalan kaki di atas permukaan yang tidak rata, jenis stocking yang tebal amatlah sesuai.

3. PEMAMPATAN

Stocking yang mampat memberi tekanan lembut kepada kaki anda. Ia dapat membantu pemulihan dengan meningkatkan aliran darah dan meredakan kesakitan seperti keletihan. Secara teori, ia dapat membantu mendapatkan oksigen ke otot dan sokongan yang dapat membantu mencegah daripada kerosakan tisu dan kekejangan. Peredaran darah akan membantu otot anda pulih dengan lebih cepat. Akan tetapi, anda juga perlu tahu yang jenis stocking ini mempunyai berbagai ukuran dan perlu dipasang dengan betul berdasarkan ukuran kaki anda. Stocking yang mampat adalah lebih sesuai kepada perlari yang mengalami kecederaan ataupun kesakitan semasa berlari. Jika anda merasa kurang kesakitan dan selesa dengan memakai stocking yang mampat semasa berlari, anda perlu teruskan memakainya.

Oleh itu sebagai pelari anda perlulah mencari jenis stocking yang sesuai untuk kaki anda. Sepasang kasut yang berkualiti juga perlukan jenis stocking yang baik untuk dipadankan. Elakkan menggunakan stocking yang nipis dan murah kerana pilihan yang baik untuk kaki anda merangkumi jenis stocking yang anda gunakan.

Leave a Reply