Skip to main content

Kecederaan berpunca daripada kasut yang tidak sesuai boleh menghalang kecergasan atau usaha menurunkan berat badan anda. Melabur untuk kasut yang berkualiti dapat mencegah daripada kecederaan kaki dan membantu anda bersenam dengan lebih puas dan selesa. Sekiranya anda memandang serious tentang larian, anda patut melabur untuk sepasang kasut yang dikhaskan untuk berlari untuk mencegah kesakitan di bahagian tapak kaki.

Tahukah anda, tekanan yang tinggi akan memberi risiko terhadap struktur tulang telapak kaki (tarsal)? Tulang telapak kaki berfungsi untuk menampung berat badan dan membantu pergerakan tubuh badan ketika berjalan, berlari dan melompat. Antara risiko yang mungkin terjadi adalah sakit pada tulang sesamoid. Sakit ini dapat dielak jika kasut mempunyai tapak kaki yang empuk dan suportif. Kasut memainkan peranan yang besar semasa anda bersenam. Sama ada senaman anda melibatkan larian, berjalan, bersukan ataupun menggunakan alatan di gymnasium.

Jadi pada entri kali ini, saya akan berkongsi jenis jenis kasut yang sesuai dengan aktiviti yang anda lakukan. Secara asasnya, kita mempunyai pelbagai jenis kasut yang datang dengan fungsi dan spek yang berbeza-beza. Cuma kali ini saya ingin berkongsi secara umum antara kasut kasut yang sering digunakan ketika melakukan aktiviti. Pemilihan kasut, bergantung kepada aktiviti yang anda lakukan:

  1. CUSHIONED RUNNING SHOES
    Jenis kasut ini adalah mempunyai span yang tebal dan jisimnya yang agak berat. Secara dasarnya saya sangat menyarankan jenis kasut ini kepada pelari pemula kerana kasut ini membantu mereka bagi mencegah daripada sebarang kecederaan terutamanya di bahagian tapak kaki dan buku lali. Jenis aktiviti larian yang sesuai bagi kasut ini adalah, ‘easy run’, ‘Long Slow Distance (LSD)’ dan juga larian yang berintesiti rendah.

  1. LIGHTWEIGHT RUNNING SHOES
    Jenis kedua kasut yang sering dipakai oleh pelari ialah lightweight running shoes. Kasut ini tidak mempunyai span yang tebal dan jisimnya yang sangat ringan. Bagi mereka yang ingin melakukan interval training dan juga speed training yang mana aktivti larian yang berintensiti tinggi, saya amat galakkan pemakaian kasut ini. Kasut ini kebiasaannya jarang dipakai dan memiliki millage yang rendah kerana pelari hanya akan memakai apabila hari hari yang tertentu sahaja seperti larian untuk kejohanan ataupun larian untuk memecah rekod personal best.

  1. TRAIL RUNNING SHOES
    Bagi pelari ‘off road’, saya sarankan untuk memakai trail running shoes yang mana tapaknya mencengkam permukaan tanah. Secara tidak langsungnya, membantu pelari untuk mengelakkan daripada tergelincir ataupun jatuh. Konssep kasut ini sama sepeti cushioned running shoes. Iaitu mempunyai span yang agak tebal dan berat. Bezanya kedua jenis kasut ini adalah di tapak mereka. Kasut ini mempunyai daya ketahanan yang lama kerana boleh digunakan ketika melakukan aktiviti yang lasak. Jadi tidak hairanlah harganya sedikit mahal berbanding kasut larian untuk ‘on track’.

Selain daripada pemilihan kasut, saya juga akan berkongsi jenis stocking yang sesuai digunakan untuk setiap aktiviti larian pada entri yang akan datang. Jangan lupa ikuti perkembangan dan lebih banyak informasi tentang larian di website blog kami.

Leave a Reply