Skip to main content

Apa itu Tendon Achilles?

Tendon Achilles ialah sebahagian daripada badan yang menghubungkan otot betis pada tulang tumit. Ia membolehkan anda untuk berdiri dan membantu anda berjalan atau berlari. Kecederaan yang berlaku pada tendon Achilles boleh berlaku secara tiba-tiba atau daripada koyakan yang kecil berlaku berulang kali.

Kecederaan utama yang akan berlaku di tendon ini terbahagi kepada dua iaitu:

  • ·         Achilles tendinopathy (Achilles tendinitis)

 Tendon ini merujuk kepada koyakan kecil iaitu (microtear) pada tisu di dalam dan sekeliling tendon. Punca koyakan berlaku adalah kerana penggunaan berlebihan. Nama lain untuk Achilles tendinopathy ialah Achilles tendinitis iaitu (radang tendon).

  • ·         Tendon Achilles koyak

Tendon Achilles boleh koyak secara separuh atau keseluruhan. Sekiranya tendon itu koyak secara separa ia boleh menyebabkan simptom yang sederhana atau tiada simptom langsung yang akan berlaku. Tetapi sekiranya tendon koyak secara keseluruhan ia akan menyebabkan kesakitan dan boleh hilang kekuatan dan pergerakan secara tiba-tiba.

Achilles tendinopathy kebiasannya akan berlaku kepada kalangan lelaki yang berusia 30 tahun. kebanyakan kes koyak tendon yang berlaku dalam kalangan atlet juga yang berusia antara lingkungan 30-50 tahun , ia boleh juga berlaku kepada orang yang lebih tua. Untuk mendapatkan kepastian mereka boleh terus rujuk kepada doktor untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

       Simptom kecederaan Tendon Achilles

  •        Sakit tumit pada bahagian tendon atau bengkak
  •         Rasa sakit apabila dipegang pada bahagian tendon dan rasa sakit itu akan kerap    berlaku pada waktu pagi.

Tanda dan simptom Achilles koyak

  •         Sakit secara tiba-tiba, seperti pukulan secara terus pada tendon Achilles. Terdapat      bunyi semasa tendon koyak dan kemudian diikuti bengkak dan lebam.
  •         Sakit tumit yang boleh menyebabkan jadi lebih teruk.
  •        Tidak boleh memijak pada hujung jari kaki yang tercedera.
  •   Tetapi sekiranya terdapat tanda atau simptom yang lain dari senarai di atas boleh lah berjumpa dengan doktor dengan lebih segera untuk mengetahui apa yang berlaku dan tindakan apa yang perlu dibuat seterusnya.

RAWATAN

Pesakit kecederaan tendon Achilles akan dirawat dengan cara melakukan pemeriksaan dengan lebih teliti untuk menentukan keadaan yang berlaku.

Ujian lain yang mungkin akan dilakukan sebagai persediaan pembedahan adalah

  •       Ultrasound – digunakan untuk memeriksa jika ada tendon yang koyak atau tanda-tanda tendinopathy.
  •          X-ray – dapat membantu memeriksa tulang tumit.
  •    Imbasan MRI – memeriksa tendon jika terdapat tendinopathy atau tendon yang terkoyak, ia juga boleh memeriksa status tulang tumit anda.

Bagaimana pesakit Kecederaan tendon Achilles dirawat?

Untuk kecederaan yang sederhana adalah rehat, ubat tahan sakit dan senaman regangan. Pesakit juga memerlukan kasut yang lebih selesa serta mengubah cara bersukan tujuannya adalah untuk mengurang kan tekanan pada tendon. Rawatan awal sangat lah berkesan dan boleh mencegah daripada kecederaan berlanjutan. Kasut ortotik juga dapat membantu megurangkan tekanan pada tendon.

Kes sederhana mengambil masa beberapa minggu atau bulan untuk berehat supaya tendon boleh sembuh dengan cepat, penting juga untuk pesakit bersabar dan tidak tergesa untuk kembali melakukan aktiviti sukan yang boleh memberi tekanan pada tendon tersebut.

Rawatan yang akan diberikan kepada masalah yang teruk seperti tendon terkoyak, melibatkan pembedahan atau penggunaan cast, penganduh, ke kuda, boot berjalan atau lain untuk menyokong kaki dan buku lali daripada bergerak. Senaman sama ada melalui terapi fizikal atau program pemulihan boleh membantu kaki dan buku lali menjadi kuat dan fleksibel.

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan tendon Achilles?

  •    Panaskan badan dan lakukan regangan- sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan atau aktiviti lasak, panaskan badan secara perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit dengan berjalan atau berbasikal, kemudian lakukan senaman regangan
  •     Sejuk kan badan dan lakukan regangan- selepas melakukan aktiviti lasak, sejuk kan badan anda secara perlahan-lahan selama 5 minit dengan joging, berjalan atau berbasikal dan 5 minit untuk regangan.
  •    Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti sukan atau aktiviti lasak yang anda tidak mampu- pakai kasut yang melindungi tumit anda semasa melakukan aktiviti sukan atau sebarang aktiviti berat.

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Kecederaan tendon Achilles?

  •    Panaskan badan dan lakukan regangan- sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan atau aktiviti lasak, panaskan badan secara perlahan-lahan selama 5 hingga 10 minit dengan berjalan atau berbasikal, kemudian lakukan senaman regangan
  •     Sejuk kan badan dan lakukan regangan- selepas melakukan aktiviti lasak, sejuk kan badan anda secara perlahan-lahan selama 5 minit dengan joging, berjalan atau berbasikal dan 5 minit untuk regangan.
  •    Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti sukan atau aktiviti lasak yang anda tidak mampu- pakai kasut yang melindungi tumit anda semasa melakukan aktiviti sukan atau sebarang aktiviti berat.

Leave a Reply